fbpx

Kerjasama galakkan pemilikan hartanah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif UDA, Mohd. Salem Kailany (dua, kiri) bergambar bersama Khairul (dua, kanan) selepas majlis menandatangani MoU yang diadakan di Ibu pejabat UDA di Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR – Agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), UDA Holdings Bhd. (UDA) dan Bank Muamalat Malaysia Bhd. (Bank Muamalat) memeterai memorandum persefahaman (MoU) semalam yang merangkumi pelbagai aspek perniagaan serta kemudahan fasiliti bagi individu dan perniagaan.

Bagi segmen hartanah, UDA menyediakan pelbagai jenis produk hartanah di seluruh negara, manakala untuk segmen individu, Bank Muamalat menyediakan kemudahan pembiayaan
dan khidmat nasihat untuk pembelian rumah, kenderaan, pelaburan runcit serta pembiayaan peribadi.

Menerusi MoU berkenaan, disasarkan lebih ramai golongan mampu memiliki hartanah, termasuk melalui Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) dan Skim Rumah PertamaKu (SRP) yang disediakan oleh Bank Muamalat dengan kerjasama Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Bhd. dan Cagamas Bhd.

Menteri MEDAC, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, kerjasama itu diharap dapat membantu lebih ramai golongan terutamanya usahawan untuk memiliki hartanah di tengah bandar dan di sub bandar.

“Ini secara tidak langsung dapat membantu menaik taraf kehidupan mereka agar terus berkembang maju.

“Pakej pembiayaan perumahan Bank Muamalat dan penawaran hartanah oleh UDA ini dapat memudahkan semua golongan dan peringkat memiliki hartanah sendiri,” katanya dalam
siaran akhbar yang dikeluarkan di sini semalam.

Antara projek perumahan dan komersial UDA yang sedang dibangunkan termasuk Residensi Legasi Kampung Bharu, Residensi Akasia Jubilee dan Residensi 38 Bangsar di Kuala Lumpur, Unit Komersial Elevate dan Kondominium Evoke di Seberang Perai, banglo Crescent Dew di Bertam, Kepala Batas serta Pisonia Ville dan Rossa Terrace Bandar UDA Utama di Johor Bahru.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, Khairul Kamarudin berkata, pihaknya bakal menawarkan kadar keuntungan dan terma kompetitif untuk pembelian hartanah melalui
pembiayaan akhir kepada pembeli berpotensi yang mempunyai penilaian kredit yang memuaskan.

“Bank Muamalat juga menawarkan kemudahan pembiayaan peribadi, kenderaan dan pelaburan runcit untuk semua golongan di seluruh Malaysia,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI