fbpx

60 PATI dicekup, 10 kenderaan dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Seramai 60 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) ditangkap dalam Ops Benteng semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sebanyak 10 buah bot atau kapal serta sebuah kenderaan darat turut dirampas.

“Sebanyak 90 buah bot atau kapal turut dikesan di perairan negara melalui lapan aktiviti penglihatan.

“Seramai 11 PATI turut diusir melalui dua aktiviti pengusiran,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, Ops Benteng semalam melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Agensi Keselamatan Sempadan Malaysia (AKSEM) serta agensi-agensi keselamatan lain.

Katanya, sebanyak 259 sekatan jalan raya (SJR) turut dilaksanakan pihak berkuasa berkenaan.

Dalam pada itu, Ismail Sabri memaklumkan, seramai 100 individu ditahan atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) semalam.

“Seramai 91 orang telah dikompaun manakala sembilan lagi direman atas pelbagai kesalahan ingkar SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI