fbpx

Teliti isu perundangan sampingan Undi18 -Rais

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAIS (depan) menanam pokok ketika program gotong-royong bersama sukarelawan Yayasan Budi dan Orang Asli di Perkampungan Budaya Mah Meri di Pulau Carey. FOTO ZULFADHLI ZAKI

KUALA LANGAT – Kerajaan perlu meneliti secara terperinci isu perundangan sampingan berkaitan kelayakan mengundi pada pilihan raya umum di usia 18 tahun.

Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr. Rais Yatim berkata, perkara itu merupakan isu utama yang perlu diselesaikan terlebih dulu sebelum dilaksanakan sepenuhnya.

“Saya berasakan bahawa tiada prasarana  menerusi undang-undang pilihan raya disediakan ketika ini.

“Isu mengenai keberkesan, faedah dan risikonya adalah soal lain kerana itu adalah soal politik.

“Soal undang-undang yang perlu diutamakan terlebih dulu dan saya akan pandang berat perkara itu selagi peringkat di prasarana berkenaan belum diselesaikan,” katanya ketika ditemui pada program gotong royong bersama sukarelawan Yayasan Budi dan Orang Asli di Perkampungan Budaya Mah Meri di Pulau Carey di sini, hari ini.

Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan undang-undang yang dikatakan sampingan tersebut.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, cadangan itu mungkin dianggap mudah namun perlu mempunyai pendirian realiti mengenai undang-undang.

“Apabila usia 18 tahun menjadi pengundi automatik, Undang-Undang Pilihan Raya 1958 dan peraturan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya perlu dipinda namun ia tidak dipinda.

“Jadi, walaupun Perlembagaan sudah dipinda di bawah Perkara 48 misalnya, ia belum boleh dilaksanakan kerana salurannya tidak disediakan,” katanya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI