fbpx

Tapak bazar terhad, peniaga boleh buka gerai depan rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

MELAKA – Kerajaan negeri merancang untuk membenarkan peniaga membuka tapak gerai jualan di hadapan rumah masing-masing bagi menambah pendapatan sepanjang bulan Ramadan.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali berkata, pematuhan pengekalan penjarakan sosial telah menyebabkan jumlah tapak niaga menjadi terhad, sekali gus mengecilkan peluang penglibatan peniaga bazar Ramadan.

Katanya, susulan itu kerajaan negeri merancang untuk memberi kelonggaran membenarkan peniaga membuka tapak gerai di hadapan rumah masing-masing bagi menjana pendapatan di bulan Ramadan.

“Kalau dahulu, satu bazar Ramadan boleh memuatkan sampai 200 gerai, namun dengan penjarakan 1.5 meter bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19, luas kawasan kini hanya boleh menempatkan kira-kira 75 peniaga sahaja.

“Kerajaan negeri tidak dapat memperbesarkan tapak baharu bazar Ramadan atas faktor-faktor keselamatan terutamanya bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas, jadi kita rancang untuk benarkan peniaga boleh berniaga di depan rumah sama seperti tahun lepas,” katanya.

Jelasnya, kelonggaran seumpama telah diberikan oleh kerajaan negeri pada tahun lalu ketika negara sedang berdepan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama.

Dalam pada itu, Sulaiman berkata, inisiatif itu juga diambil berikutan menyedari tekanan yang dihadapi oleh rakyat terutama daripada segi kewangan yang terjejas teruk ekoran pandemik Covid-19.

“Mereka yang tidak dapat berniaga di bazar, mungkin boleh berniaga di depan rumah, yang penting jangan putus asa.

“Berniagalah di mana sahaja, ikhtiar jalan lain. Jangan hanya tumpu di bazar Ramadan, kerana kita kena akur dan fahami, jumlah tapak kini menjadi terhad,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI