fbpx

Lelaki kurang siuman dikhuatiri lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota Bomba dan Penyelamat menjalankan misi mencari mangsa lemas ni Taman Tasik Cyberjaya di sini, hari ini. - Foto oleh FAISOL MUSTAFA

CYBERJAYA – Seorang lelaki dipercayai kurang siuman dikhuatiri lemas selepas tergelincir ke dalam tasik di Taman Tasik Cyberjaya, Semarak Garden Cyberview di sini, tengah hari tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Hafisham Mohd. Noor berkata, kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari itu disedari beberapa pekerja pembersihan di taman awam itu.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan 12.20 tengah hari sebelum sepasukan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cyberjaya tiba ke lokasi kejadian.

“Berdasarkan maklumat awal, saksi kejadian ternampak seorang lelaki dipercayai kurang siuman terkapai-kapai di tengah tasik sebelum tenggelam.

“Identiti mangsa masih belum dikenal pasti dan gerakan mencari dan menyelamat sedang dilakukan ketika ini,” katanya.

Difahamkan, pencarian dijalankan membabitkan kawasan kira-kira 30 meter dari tebing tasik berkenaan pada kedalaman dianggarkan antara empat hingga enam meter.

Sementara itu, Majlis Perbandaran Sepang dalam satu notis pemberitahuan memaklumkan, tasik itu ditutup buat sementara waktu pada hari ini.

“Semua aktiviti riadah dan sukan adalah tidak dibenarkan pada tarikh penutupan ini,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI