fbpx

KBS sedia bantu Azizulhasni, Shah Firdaus dapatkan vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEMENTERIAN Belia dan Sukan akan berusaha membantu Azizulhasni (kiri) dan Shah Firdaus untuk menerima vaksin di Australia kerana kedua-duanya sedang berlatih di negara berkenaan.

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) akan membantu memastikan dua prospek emas negara, Mohd. Azizulhasni Awang dan Muhammad Shah Firdaus Sahrom menerima vaksin di Australia memandangkan kedua-­duanya sedang berlatih di negara ­berkenaan.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menjelaskan, tiada ke­perluan buat dua pelumba trek elit kebangsaan itu pulang ke Malaysia untuk mendapat vaksin Covid-19 sekiranya mereka telah disuntik di Australia.

Justeru, Reezal berkata, pihaknya akan cuba memastikan dua pertaruhan terbaik negara pada Sukan Olimpik 2020 di ­Tokyo, Jepun nanti menerima vaksin di tempat latihannya ketika ini di Melbourne.

“Saya akan pastikan 264 atlet yang tersenarai akan menerima vaksin pada April ini dan dos kedua sebelum Mei depan. Bagi Azizulhasni, kita akan uruskan dia terima di sana.

“Kebanyakan negara mengamalkan vaksin untuk semua orang. Dia tak perlu ambil di sini (Malaysia) jika sudah terima di sana.

“Kita akan pastikan dia terima di sini jika dalam tempoh ter­tentu masih belum dapat. Namun, semuanya bergantung kepada waktu­ paling awal boleh mendapat vaksin di sana,” katanya sewaktu Majlis Pelancaran Program ‘Beyond Coaching’ Akademi Kejurulatihan Kebangsaan (AKK) di Institut Sukan Negara (ISN), Bukit Jalil, Kuala Lumpur semalam.

Reezal turut mengakui sedia berbincang dengan Menteri Penyelaras Program Imunisasi ­Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengenai tarikh penerimaan vaksin buat atlet-atlet negara.

Dalam pada itu, beliau yakin­ ‘Beyond Coaching’ mampu membawa impak positif dan turut menyambut baik pengenalan program ‘Women Can Coach’ kerja­sama AKK serta ISN bagi meningkatkan penglibatan wa­nita dalam industri kejurulatihan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI