fbpx

Bakar kereta sebab dimarahi ganggu adik jurutera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shamsul Amar

KLANG – Berang dimarahi dan diberikan amaran mendorong seorang lelaki nekad membakar sebuah kereta milik seorang jurutera di sebuah rumah di Taman Menara Maju di sini semalam.

Kejadian khianat itu diketahui mangsa berusia 25 tahun selepas dimaklumkan jiranya pukul 2.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, siasatan awal mendapati suspek bersama seorang lagi rakannya menaiki sebuah kenderaan jenis Toyota Vios sebelum membakar kereta mangsa jenis Honda City.

Katanya, bertindak hasil maklumat polis kemudiannya berjaya menahan suspek berusia 23 tahun di Telok Panglima Garang pukul 7 petang hari sama.

“Turut dirampas adalah kenderaan Toyota Vios dipercayai digunakan semasa kejadian tersebut.

“Soal-siasat mendapati suspek mengaku melakukannya selepas dimarahi dan diberikan amaran oleh mangsa agar tidak mengacau adik perempuannya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Kata beliau, adik perempuan mangsa sebelum ini sering mengadu kepada jurutera berhubung perbuatan suspek yang sering mengganggunya.

Tambahnya, siasatan juga mendapati tiada penglibatan mana-mana kumpulan kongsi gelap.

“Semakan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

“Anggaran kerugian kebakaran Honda City setakat ini berjumlah RM2,000,” ujarnya.

Jelas beliau, usaha memburu rakan jenayah lelaki tersebut sedang dijalankan dan suspek kini direman lima hari.

Kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI