fbpx

Penjual online dicekup curi bunga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Enam pokok kemboja yang dirampas daripada seorang wanita yang merupakan penjual online.

KLANG – Tindakan seorang penjual online mencuri enam pokok kemboja dari sebuah kedai bunga di Bandar Botanik di sini membawa padah selepas ditahan dalam tempoh 24 jam baru-baru ini.

Suspek wanita berusia 40an itu ditangkap pukul 5.30 petang pada 27 Mac lalu di Jalan Gedung Raja Abdullah selepas sehari melakukan jenayah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, kejadian kecurian itu dikesan pekerja wanita kedai bunga tersebut yang melihat gelagat suspek dalam keadaan mencurigakan berlegar-legar di premis tersebut.

Katanya, suspek juga didapati telah memasuki bunga ke dalam kenderaannya.

“Pekerja tersebut mengekori suspek sehingga pintu keluar premis sebelum menahannya.

“Bagaimanapun, suspek wanita itu memaklumkan akan membayar kesemua bunga bernilai RM1,500 yang telah diambil sebelum terus melarikan diri,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Shamsul Amar menambah, bertindak atas maklumat pihaknya kemudiannya berjaya menahan suspek termasuk enam pokok bunga yang dicurinya.

Beliau menjelaskan siasatan mendapati suspek mempunyai kebiasaan mengambil sesuatu barangan tetapi hanya melakukan separuh pembayaran selain tidak menjelaskan langsung bayaran.

“Suspek yang kini direman itu mengaku mencuri pokok-pokok itu untuk dijual semula melalui jualan dalam talian.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan,” katanya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI