fbpx

MAFI, Nafas beri sumbangan RM580,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ronald Kiandee

PETALING JAYA – Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dengan kerjasama Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) memberi sumbangan sebanyak RM580,000 serta 13 buah enjin bagi program Back To School dan Enjin Sangkut di Dewan Pertubuhan Peladang Kawasan Beluran, Sabah hari ini.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee berkata, bantuan Back To School itu merupakan satu program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Nafas.

“Sumbangan ini disasarkan kepada kalangan ahli keluarga petani, penternak dan nelayan dalam membantu meringankan beban keluarga yang berpendapatan rendah bagi menyiapkan anak-anak ke sekolah.

“Ia juga selari dengan komitmen MAFI untuk memastikan kebajikan golongan ini sentiasa mendapat perhatian kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, seramai 7,000 pelajar dari 60 buah sekolah rendah menerima bantuan berupa kelengkapan persekolahan serta 13 buah enjin sangkut kepada penerima yang layak. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI