fbpx

Tiada unsur sabotaj nahas helikopter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Chester Voo ketika memberi taklimat mengenai keselamat untuk operator helikopter di CAAM, Presint 4, Putrajaya di sini, hari ini. FOTO : FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan tiada elemen sabotaj dalam semua kemalangan yang melibatkan helikopter persendirian di negara ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Kapten Chester Voo berkata, jika dilihat rekod agensi itu sendiri, belum ada lagi berlaku unsur khianat oleh pihak tertentu sebagai punca nahas pesawat tersebut.

“Setakat ini, jika berdasarkan pengalaman CAAM, saya boleh memberi jaminan bahawa tiada unsur sabotaj yang menyebabkan sesuatu kes kemalangan membabitkan helikopter.

“Saya boleh beri jaminan, setakat ini tiada elemen jenayah sabotaj jika berlaku nahas helikopter tetapi kebanyakan yang berlaku lebih disebabkan faktor cuaca dan teknikal selenggara,” katanya selepas merasmikan Program Taklimat Kesedaran Keselamatan dengan Operator Helikopter di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Voo berkata, pihaknya telah meneliti laporan Biro Siasatan Kemalangan Udara, Kementerian Pengangkutan dan akan menyarankan kepada operator terbabit untuk proses penambahbaikan.

“Lesen juruterabang dan rekod selenggara masih sah, tiada kesalahan pematuhan peraturan tapi jika ada faktor disengajakan, maka tindakan undang-undang normal boleh dikenakan,” tegasnya.

Voo bagaimanapun menyarankan sesiapa ingin menggunakan khidmat helikopter persendirian agar mengambil insurans peribadi untuk nahas udara kerana ia tidak disediakan operator berkenaan. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI