fbpx

Mayat berulat atas bumbung bengkel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat lelaki ditemui dalam keadaan berulat di atas bumbung sebuah bengkel selepas mangsa dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu.

KLANG – Seorang lelaki yang hilang sejak Jumaat lalu ditemui mati dengan keadaan mayatnya telah berulat di atas bumbung sebuah bengkel di Bukit Kapar di sini hari ini.

Mayat lelaki berusia 54 tahun ditemui orang awam sebelum memaklumkannya kepada pihak berkuasa.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Hafisham Mohd. Noor berkata, seramai 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kapar telah dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 7.54 malam.

Katanya, mayat lelaki itu ditemui pada ketinggian kira 3.3 meter di atas bumbung itu.

“Mayat itu telah disanitasi sebelum diturunkan dan berdasarkan keadaan mayat telah berulat dan tidak sempurna.

“Kemudiannya mayat itu diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi hari ini. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI