fbpx

Kerjasama dengan parti lain ditentukan selepas PRU-15

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

KUALA LANGAT – Kerjasama UMNO bersama parti lain hanya akan ditentukan setelah Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 selesai nanti.

Pengarah Pilihan Raya UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, buat masa sekarang Umno membuat keputusan untuk tidak meneruskan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) termasuklah PKR serta DAP bagi PRU akan datang.

“UMNO bersifat terbuka, jika kerjasama itu nanti mampu membawa kebaikan kepada negara, rakyat dan juga parti, kita akan lakukannya, kita tunggu sahaja selepas PRU nanti.

“UMNO tidak tamak, malah dulu Barisan Nasional (BN) kita kongsi bersama dengan MCA, MIC dan parti pribumi Sabah dan Sarawak untuk membentuk kerajaan,” katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan lawatan projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) bermula di Centralised Labour Quarters (CSL) di Saujana Putra di sini hari ini.

Beliau menambah, buat masa sekarang UMNO sedang mengadakan rundingan bersama Pas bagi mengagihkan kerusi untuk bertanding di PRU.

“Ada 222 kerusi menjadi rebutan, UMNO akan bertanding 96 kerusi, Pas pun tidak minta banyak, semuanya masih lagi di dalam perbingcangan.

“Buat masa sekarang, kita mahu bersama dengan Pas, kita sedang berbincang dalam soal pengagihan kerusi untuk bertanding di dalam PRU nanti,” ujarnya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI