fbpx

Individu terkaya di Republik Czech maut nahas helikopter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MEDIA tempatan melaporkan Petr Kellner dalam perjalanan bermain ski heli. - Kredit AFP Photo/PPF Group

PRAGUE – Individu terkaya di Republik Czech, Petr Kellner dengan nilai aset melebihi A$13 bilion (RM53.8 bilion) terkorban dalam nahas helikopter di negeri Alaska, Amerika Syarikat, lapor jurucakapnya  hari ini.

Kellner, 56, yang teliti menjaga privasinya memiliki syarikat kewangan dan pelaburan antarabangsa, Kumpulan PPF yang turut terlibat dalam sektor telekomunikasi, kejuruteraan dan insurans yang mempunyai 94,000 pekerja di seluruh dunia.

“Dengan rasa dukacita yang amat mendalam kami mengumumkan pengasas Kumpulan PPF merangkap pemegang saham terbesar, Petr Kellner menemui ajal dalam keadaan tragis dalam nahas helikopter di Jajaran Alaska, Sabtu lalu.

“Punca kemalangan yang mengorbankan lima nyawa kesemuanya sedang disiasat,” kata jurucakap Kumpulan PPF, Jitka Tkadlecova kepada AFP.

Media tempatan melaporkan Kellner dalam perjalanan bermain ski heli iaitu aktiviti bermain ski menuruni bukit salji di luar laluan biasa dan hanya boleh diakses menggunakan helikopter.

Kellner, yang memulakan perniagaan menjual mesin fotostat, mengasaskan Kumpulan PPF pada 1991 iaitu dua tahun selepas kejatuhan ideologi komunis di negara bekas Czechoslovakia itu.

Kumpulan PPF dengan aset global bernilai 44 bilion euro (RM214 bilion) terdiri daripada syarikat pemberi pinjaman bukan perbankan terbesar di dunia iaitu Home Credit International yang bergerak aktif terutamanya dalam pasaran China.

PPF baru-baru ini membeli kumpulan media CME yang menjalankan operasi televisyen di Eropah tengah dan timur serta aset telekomunikasi Telenor di Balkan.

Tkadlecova berkata, upacara pengebumian Kellner akan berlangsung dalam lingkungan keluarga terdekat. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI