fbpx

Dituduh bawa lari duit, MK dedah difitnah bekas pembantu peribadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MK K-Clique.

PETALING JAYA – Terjebak isu bawa lari duit orang, penyanyi rap popular yang juga ahli kumpulan K-Clique, MK membuat pendedahan tentang pengkhianatan dan fitnah yang dilakukan bekas pembantu peribadi, Mohd. Hazeeq atau lebih dikenali sebagai Kojek.

Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagram, MK menjelaskan, bekas pembantu peribadinya itu telah mengambil wang daripada pihak yang pernah bekerjasama dengannya.

“Pertama sekali saya ingin meminta maaf dengan semua pihak yang terlibat. Saya baru dapat tahu bekas PA (pembantu peribadi) saya yang ambil job di belakang saya.

“Isu ini dari tahun lalu. Untuk pihak yang terlibat dan telah diambil duitnya boleh hubungi nombor berkenaan untuk kita selesaikan. Sudahlah sebar fitnah yang saya bawa lari duit anda,” kata MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan, 29.

KENYATAAN yang dikeluarkan MK dalam Instagramnya.

Dalam hantaran itu juga, MK turut memberikan ucapan ‘terima kasih’ kepada Kojek kerana telah mengkhianatinya.

“Untuk sahabat saya yang saya percaya, terima kasih banyak sebab mengkhianati aku,” tulis MK.

Bagaimanapun, tinjauan Kosmo! Online dalam Instagram penyanyi tersebut mendapati hantaran itu telah pun dipadam dan digantikan dengan hantaran terkini.

“Assalamualaikum. Sekali lagi saya minta maaf. Terlalu banyak pihak yang tak sepatutnya terlibat. Jadi kes ini antara saya dengan Kojek. Kerjasama sepenuhnya telah diberikan.

“Alhamdulillah kami selesaikan kes ini antara kami. Terima kasih banyak,” ujarnya.

MK menerusi hantaran terbaharunya menyatakan perkara tersebut sudah diselesaikan dengan cara baik.

Dalam pada itu, MK turut berharap masalah antara dia dengan bekas pembantu peribadinya itu dapat diselesaikan dengan kadar segera.

“Tujuan saya supaya perkara ini selesai dan pihak terlibat tahu untuk berhubung dengan siapa,” ujarnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI