fbpx

Cipta boba ‘meletup’ dalam mulut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Asfadilah dan Salahuddin menunjukkan minuman Teahunter_n9 yang dijual di Taman Desa Rhu, Sikamat baru-baru ini.

SEREMBAN – Idea sepasang suami isteri untuk menjalankan perniagaan minuman berasaskan boba atau ‘bubble tea’ halal pada harga berpatutan membuahkan hasil apabila jenama Teahunter_ n9 milik mereka kini semakin dikenali dan mendapat sambutan.

Asfadilah Haramaine, 32, berkata, dia bersama suaminya, Salahuddin Ibrahim telah me­lakukan eksperimen sendiri bagi menghasilkan minuman yang sedap dengan persembahan warna yang menarik sejak 2019.

“Sebenarnya bukan mudah untuk menghasilkan minuman boba ini, perlu ada kepakaran untuk menyukat jumlah bahan yang digunakan dan boba perlu dimasak dengan air yang mencukupi.

“Pada mulanya kami hanya menjual sembilan jenis air minuman berasaskan boba dan kini kami mempunyai 30 jenis minuman bagi memberi variasi kepada pengguna untuk mencuba minuman baharu yang lain daripada yang lain,” katanya ketika ditemui di Taman Desa Rhu, Sikamat di sini baru-baru ini.

Tambahnya, minuman yang paling mendapat sambutan ialah Strawberry Pearl Pop yang me­ngandungi campuran strawberi dan keju.

“Paling menarik ialah boba akan ‘meletup’ jika diminum. Minuman lain ialah Boba Milk Tea, Matcha Honey, Oreo Coco Cobra, Hazelnut Milk Tea dan lain-lain lagi yang dijual pada harga antara RM8 hingga RM10,” katanya.

Menurut Asfadilah, daripada maklum balas pelanggan, mereka memberitahu Teahunter_n9 setanding dengan jenama antarabangsa dan tempatan lain.

“Kami menawarkan harga yang berpatutan tetapi menggunakan bahan-bahan premium sesuai dengan tagline ‘Rasa sekali tak puas’ dan yang paling pen­ting ia halal,” katanya.

Jelas Asfadilah, dalam sehari, lebih 100 minuman berjaya dijual dan perniagaan mereka masih mendapat sambutan baik walaupun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Tambah Asfadilah, untuk masa depan, dia berharap dapat memperluaskan lagi jenama Teahunter_n9 dan membuka sebuah kedai berkonsepkan kafe santai untuk pelanggan menikmatinya dalam keadaan segar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI