fbpx

Johor Jewels tidak boleh cepat selesa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NURFARIHA mengingatkan rakan-rakan sepasukan tidak berasa selesa dengan kemenangan yang diraih ketika ini.

BINTANG Johor Jewels, Nurfa­riha Abdul Razak percaya masih ada ruang boleh diperbaiki meskipun pasukannya sudah berada dalam keadaan selesa untuk mara ke separuh akhir Netball Super League (NSL) musim ini.

Johor ketika ini berjaya me­rakam kemenangan kedua berturut-turut dalam aksi Kumpulan B selepas menewaskan Pahang Tulips 71-44 di Stadium Juara, Bukit Kiara, Kuala Lumpur kelmarin.

Bagaimanapun, Nurfariha, 26, enggan Johor mendabik dada dan merasakan mereka mampu mencatat kemenangan mudah ke atas Pahang apabila kedua-dua pasukan bertemu sekali lagi untuk aksi keempat hari ini.

“Peratusan jaringan kami kurang dan bahagian pertahanan juga gagal mencuri banyak bola. Walaupun bermula perlahan tetapi kami berjaya bangkit.

“Sekarang semuanya berjalan mengikut perancangan tetapi masih ada kelemahan boleh diperbaiki. Kami akan cuba kurangkan kesilapan pada aksi seterusnya,” kata Nurfa­riha yang beraksi sebagai center dan wing attack Johor serta skuad kebangsaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI