fbpx

Ekonomi Malaysia baik di bawah pentadbiran Najib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Negara mencatat kadar pertumbuhan ekonomi tertinggi serta penerima pelaburan asing terbesar di rantau Asia dibawah pentadbiran bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, bagaimanapun selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) ekonomi negara amat tenat dan ketinggalan serta berada di ambang kemunduran.

“Sekarang kita kian ketinggalan. Negara jiran menerima limpahan pelaburan walaupun mereka turut dilanda pandemik Covid-19.

“Bagi menjadi kerajaan semula, kita perlu kemukakan tawaran baharu yang boleh mengembalikan hak-hak rakyat yang telah
hilang,” katanya pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Justeru, Ahmad Zahid berkata, UMNO perlu tampil dengan satu model ekonomi baharu berteraskan Ekonomi Patriotisme yang bermatlamat memberi keadilan ekonomi kepada seluruh rakyat di samping membina negara yang stabil.

Tambah beliau, agenda ekonomi bersepadu Barisan Nasional yang tergendala apabila kerajaan bertukar tangan pada PRU-14 juga perlu dikembalikan.

Kata beliau, Ekonomi Patriotisme hendaklah dijadikan asas kepada kerangka model ekonomi bagi pemerkasaan pembangunan negara pasca pandemik Covid-19. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI