fbpx

Tokan kantoi tunggu pembeli tepi jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dadah bernilai RM17,290 yang dirampas dalam satu serbuan dan tangkapan di tepi jalan besar Felda Lui Selatan 1 & 2 Bandar Seri Jempol, di sini, awal pagi tadi.

JEMPOL – Seorang tokan yang sedang menunggu pembeli di tepi jalan berjaya ditangkap polis dalam satu serbuan di tepi jalan besar Felda Lui Selatan 1 & 2 Bandar Seri Jempol, di sini, awal pagi tadi.

Dalam serbuan kira-kira pukul 3.52 pagi itu, suspek menyimpan kesemua dadah jenis heroin dengan nilai harga pasaran sebanyak RM17,290 di dalam beg sandangnya yang diletakkan dalam bakul motosikal.

Menurut Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook, hasil pemeriksaan mendapat terdapat satu balang plastik berwarna putih di dalamnya terdapat 27 peket plastik lutsinar pelbagai saiz berisi ketulan dan serbuk  disyaki dadah berbahaya jenis heroin anggaran berat 344.87 gram.

“Selain itu, turut ditemui satu bekas plastik di dalamnya terdapat satu peket plastik lutsinar berisi ketulan-ketulan disyaki dadah berbahaya jenis Heroin anggaran berat 149.00 gram.

“Berat keseluruhan dadah yang dirampas adalah 493.87 gram dan dipercayai pasaran dadah berkenaan adalah untuk daerah ini,” katanya dalam satu kenyataan, di sini tadi.

Chang Hook berkata, dalam serbuan berkenaan, selain dadah, turut dirampas satu beg bewarna hitam, satu alat timbang digital warna hitam, manakala, motosikal Jenis Honda RS dan wang tunai suspek sebanyak RM550 disita.

“Suspek sudah sembilan tahun terbabit dalam penyalahgunaan dadah, namun dipercayai baharu sahaja menjadi tokan selepas keluar penjara lebih tiga bulan lalu,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI