fbpx

Punggah rokok di kawasan apartmen mewah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pegawai PPM Pelabuhan Klang menunjukkan rokok dan kenderaan dirampas pihaknya.

KLANG – Intipan dan pemantauan selama dua jam dilakukan Pasukan Polis Marin (PPM) di kawasan parkir sebuah apartmen mewah di Puchong dekat sini nyata membuah hasil apabila membongkar sindiket penyeludupan rokok, semalam.

Dalam operasi bermula pukul 9 pagi itu, berjaya menahan lapan suspek lelaki berusia 19 hingga 33 tahun.

Turut dirampas 21,000 batang rokok bernilai RM166,504.80 termasuk cukai dan enam buah kenderaan termasuk van.

Komander PPM Wilayah Satu, Asisten Komisioner Rosman Ismail berkata, kejayaan itu hasil maklumat dan risikan PPM Pelabuhan Klang terhadap kegiatan sindiket yang dipercayai aktif sejak tiga bulan lalu.

Katanya, mereka menjadikan kawasan meletak kenderaan di apartmen tersebut sebagai lokasi pemunggahan bagi mengelakkan dikesan pihak berkuasa.

“Selepas dua jam intipan, tujuh buah kenderaan mencurigakan telah datang ke lokasi itu dengan beberapa orang sedang memindahkan kotak berwarna coklat dari sebuah van.

“Semasa serbuan, sebuah daripada kenderaan jenis Toyota Prado berwarna gelap telah berjaya melarikan diri dengan melanggar palang parkir,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, hasil pemeriksaan mendapati lima daripada kenderaan itu mengandungi keseluruhan 21,000 batang rokok dari jenama U2.

Tambah Rosman, sebuah lagi tidak mempunyai rokok tetapi pemandunya terlibat memunggah kotak-kotak rokok berkenaan.

“Siasatan lanjut mendapati kesemua suspek adalah pembekal rokok dan mendapat bekalan tersebut dari luar Selangor.

“Rokok-rokok itu adalah untuk pasaran tempatan terutama di kedai runcit dan pasar borong,” jelasnya.

Katanya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI