fbpx

Program Pendigitalan Pendidikan akan disegerakan – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin menerima replika cek bernilai RM240,000 dari Pengerusi Eksekutif Yayasan Pelajaran Mara, Datuk Dr. Mohd Nizar Sudin (kiri) sempena Program Jom Ke Sekolah Parlimen Pagoh & Dun Gambir bersama Program CSR Pendidikan Yayasan Pelajaran Mara di Dewan Kompleks Sukan Pagoh, Muar, Johor hari ini. - Foto oleh RAJA JAAFAR ALI

MUAR – Perdana Menteri mengarahkan Kementerian Pendidikan supaya menyegerakan pelaksanaan Program Pendigitalan Pendidikan dalam memartabatkan sistem pendidikan negara bagi mendepani cabaran pandemik Covid-19.

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, penularan wabak Covid-19 telah mengubah lanskap sistem pendidikan negara sehingga memerlukan perubahan demi memastikan murid dan pelajar tidak ketinggalan.

Menurut beliau, sebagai langkah pertama kerajaan perlu menyediakan alat-alat peranti dalam satu tempoh seberapa segera.

“Ketika pendamik Covid-19 melanda negara, antara yang terkesan adalah sistem pendidikan, sebahagian pelajar kita tidak dapat ke sekolah dan perlu belajar di rumah.

“Mereka terpaksa duduk di rumah dalam tempoh yang lama dan belajar secara online, jadi satu pengajaran yang dapat diambil ialah kerana kita tidak mempunyai suatu keupayaan untuk menyediakan satu sistem pendidikan yang boleh menampung keperluan kita sewaktu begini.

“Kerana kita tidak mempunyai kemudahan-kemudahan yang membolehkan pelajar kita belajar secara maya, online dan sebagainya,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Jom Ke Sekolah Parlimen Pagoh dan Dun Gambir bersama Program CSR Pendidikan Yayasan Pelajaran Mara (YPM) di Kompleks Sukan Pagoh di sini hari ini.

Dalam majlis itu YPM menyerahkan RM240,000 kepada Perdana Menteri sebagai sumbangan bagi menjayakan Program CSR Pendidikan di kawasan Parlimen Pagoh.

Muhyiddin berkata, Pendigitalan Pendidikan tidak akan dicapai sepenuhnya, jika negara tidak mempunyai kebolehcapaian Internet secara menyeluruh.

Jelasnya, menerusi MyDigital, beliau berharap capaian rangkaian internet kelima (5G) akan mampu menjayakan usaha tersebut. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI