fbpx

Guru campak budak: KPWKM gesa tindakan tegas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar dari rakaman kejadian tersebut yang turut tular di laman sosial.

SEPANG – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) memandang serius video tular di media sosial berkenaan satu kejadian seorang pendidik disyaki melakukan penderaan kepada kanak-kanak di sebuah Taman Didikan Kanak-kanak (Tadika).

Menterinya, Datuk Seri Rina Harun berkata, kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang disyaki melakukan kesalahan yang melibatkan kesihatan dan kebajikan kanak-kanak.

“Kementerian menggesa agar pihak berkuasa untuk mengambil tindakan tegas kepada mana-mana individu yang disyaki terlibat dengan penderaan dan penganiayaan terhadap kanak-kanak yang boleh menjadi suatu kesalahan jenayah di bawah Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Penyampaian Bantuan Kewangan Pengoperasi Tahunan dan Penubuhan Pusat Aktiviti Warga Emas Zon Tengah di Empress Hotel Sepang di sini hari ini.

Dalam pada itu, Rina berkata, kementerian juga akan berhubung dengan Kementerian Pendidikan selaku kementerian yang bertanggungjawab terhadap tadbir urus tadika.

Katanya, kerajaan akan terus komited meningkatkan kesedaran masyarakat melalui kerjasama pelbagai pihak.

“Kementerian meminta kerjasama daripada semua pihak untuk melaporkan sebarang tingkah laku yang mencurigakan terhadap kanak-kanak kepada pihak bertanggungjawab,” katanya.

Orang ramai boleh berbuat demikian dengan menghubungi Talian Kasih 15999 dan talian WhatsApp 019 – 2615999 yang beroperasi 24 jam sehari.

Terdahulu, satu video insiden kanak-kanak dicampak guru praktikal sebuah tadika di Klang, Selangor ketika mengajar dalam bilik darjah sambil diperhatikan murid-murid lain tular di media sosial. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI