fbpx
Neelofa dan Haris selamat nikah pagi tadi.

[VIDEO] Adik Neelofa beremosi, sebak nikahkan kakak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Adik lelaki kandung Neelofa, Mohd. Aqief Mohd. Noor kelihatan sedikit beremosi dan sebak ketika menikahkan kakaknya itu pagi tadi.

Menerusi satu perkongsian video, Mohd. Aqief yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Naelofar Hijab berhenti beberapa saat semasa melafazkan nikah untuk kakaknya yang tersayang itu.

Suami kepada wanita bernama Aina Syahirah itu kemudian menyambung semula lafaz nikah kakaknya tersebut sebelum Neelofa sah menjadi permaisuri hati Haris dengan mengikat ikatan suci sebagai suami isteri.

Sebelum ini, menerusi muat naik video YouTube adik tiri Neelofa, Atisha Khan, bekas pengacara MeleTOP itu pernah mendedahkan, Mohd. Aqief merupakan antara adik-beradik yang sangat rapat dan amat memahami dirinya.

Terdahulu, Mohd. Aqief turut menikahkan kakak sulungnya, Noor Nabila Mohd. Noor yang selamat disatukan bersama pasangannya Engku Emran Engku Zainal Abidin 19 Mac lalu. – K! ONLINE