fbpx

Tak lepas bawa masuk 5,000kg susu dari Singapura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Produk susu bernilai RM197,400 yang ditahan Maqis Johor di Bangunan Sultan Iskandar, Johor Bahru hari ini.

JOHOR BAHRU – Cubaan pihak tidak bertanggungjawab membawa masuk 5,000 kilogram (kg) susu bernilai RM197,400 dari Singapura tanpa permit sah tidak berhasil apabila ditahan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Johor.

Pihaknya dalam satu kenyataan memberitahu, perkara itu dikesan penguatkuasanya ketika melakukan pemeriksaan di laluan kargo import Bangunan Sultan Iskandar, di sini pada pukul 6 petang, hari ini.

“Hasil pemeriksaan rutin yang dilakukan pegawai Maqis mendapati, pengimport tersebut tidak mematuhi syarat import iaitu gagal mengemukakan sijil kesihatan dari negara asal sebagaimana yang dinyatakan dalam permit, lesen atau perakuan.

“Sehubungan itu, produk berkenaan ditahan manakala pemandu lori yang berusia 46 tahun dilepaskan selepas keterangannya diambil,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah kenyataan itu, kes akan disiasat di bawah seksyen 15 (1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI