fbpx

MAFI sasar lahir 750 agropreneur muda tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Che Abdullah (berdiri, tiga dari kanan) bersama golongan muda yang terpilih selepas menyampaikan Geran Agropreneur Muda di Pejabat Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), Tumpat hari ini.

TUMPAT – Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) menyediakan peruntukan sebanyak RM15 juta dalam usaha untuk melahirkan seramai 750 orang agropreneur muda di seluruh negara sepanjang tahun ini.

Timbalan Menteri Pertanian dan Makanan II, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, peruntukan itu disediakan sebagai langkah untuk menggantikan golongan terdahulu yang sebelum ini telah mencurah tenaga mereka dalam pelbagai sektor ekonomi di negara ini.

Katanya, pihak kementerian amat menggalakkan golongan muda terlibat dalam bidang pertanian kerana ia mampu menjana pendapatan lumayan.

“Kita menyasarkan individu berusia 18 hingga 40 tahun dalam program agropreneur muda. Semua yang terlibat akan diberikan peruntukan untuk menjalankan sektor tanaman, perikanan, ternakan, industri makanan dan agro pelancongan.

“Semua yang layak akan mengikuti kursus dan latihan teknikal. Pemilihan ini terdiri daripada kumpulan sasar melalui jabatan dan agensi di bawah kementerian,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Kursus Teknikal Agropreneur Muda Daerah Tumpat di Pejabat Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) Tumpat di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Che Abdullah berkata, secara keseluruhan, seramai 6,969 agropreneur di seluruh negara menerima kelulusan Program Agropreneur Muda (PAM) bernilai lebih RM126 juta bermula 2016 hingga tahun lepas. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI