fbpx

‘Kita adalah polis bukan pengakap’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

SHAH ALAM – Pegawai atau anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak boleh sewenang-wenang­nya memohon pertukaran sekiranya tidak suka berada di tempat yang ditugaskan kerana mereka bukannya pengakap.

Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Ramli Din berkata, ini berikutan terdapat permohonan dilakukan di bawah tempoh lima tahun hanya kerana ingin pulang ke kampung.

“Ada permohonan melibatkan bawah lima tahun sebab hendak balik kampung. Ini kerja polis, bukan pengakap. Anda suka, anda pergi, tidak suka mohon tukar. Tidak boleh begitu.

“Ramai kurang jelas berhubung dasar pertukaran ini. Bagi pegawai dan anggota berpangkat rendah adalah lima tahun selepas latihan asas berkhidmat, mana-mana tempat baharu boleh memohon.

“Untuk pulang ke negeri asal atau tempat kelahiran adalah berusia 50 tahun untuk Semenanjung, manakala bagi Sabah dan Sarawak berusia 45 tahun disebabkan kedua-dua negeri itu luas,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Ramli Din

Terdahulu beliau menyaksikan pemakaian pangkat dan serah terima tugas Timbalan Ketua Polis Selangor antara Datuk Sharul Lalli Madsuki dengan penyandangnya sebelum ini, Datuk Arjunaidi Mohamed yang dilantik Ketua Polis Selangor.

Menurut beliau, PDRM me­nerima lebih 14,000 permohonan pertukaran daripada pegawai dan anggotanya di seluruh negara, tahun lalu.

Tambah Ramli, secara purata, pihaknya menerima lebih 1,200 permohonan setiap bulan dengan 60 peratus daripada keseluruhan permohonan itu telah diluluskan PDRM.

“Selain itu, kita mempunyai Dasar Integrasi Nasional dengan 20 peratus sahaja anggota atau pegawai berkhidmat di negeri kelahiran mereka bagi Semenanjung dan 40 peratus untuk Sabah serta Sarawak.

“Walaupun mempunyai dasar itu, namun PDRM tidak begitu kejam kerana mengambil kira faktor kebajikan. Contohnya, mempunyai anak istimewa yang memerlukan penjagaan ahli keluarga atau merupakan anak tunggal yang mempunyai ibu bapa yang sakit dan begitu juga suami isteri,” ujarnya.

Jelas Ramli, terdapat keka­ngan pertukaran termasuk kewangan, isu penggiliran tugas dan jawatan sensitif di bahagian operasi dengan tidak boleh bertugas di satu-satu tempat.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI