fbpx

‘Opera’, persembahan wayang luar kelaziman Mank

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NASKHAH Mank menggunakan menjalani penggambaran dengan sinematografi hitam putih menggunakan kamera Red Digital Cinema (RED).

FILEM hitam putih berkenaan mencuri tumpuan apabila menerima pencalonan terbanyak pada Academy Awards ke-93 yang dijadual berlangsung 26 April depan.

Mank hasil garapan sutradara David Fincher menerima 10 pencalonan termasuk Filem Terbaik, Pengarah Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik (Gary Oldman) dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Amanda Seyfried).

Bercakap tentang kualiti pengarahan, sebelum bergerak lebih lanjut dan terperinci, filem tersebut diselesaikan David hasil peninggalan kerja lakon layar yang ditinggalkan bapanya, Jack Fincher yang meninggal dunia pada usia 72 tahun selepas setahun bergelut dengan kanser. Dia kehilangan bapanya pada 2003.

Mank berkisar tentang ‘Old Hollywood’ yang terkenal dengan sisi glamor. Pada masa sama turut dikuatkan dengan hierarki industri penuh lapisan yang menjadi ikutan ramai penggiat dan kebobrokan persada yang menjadi ‘kiblat’ perfileman global tersebut.

Dari situ, dia dapat melangsaikan kerja-kerja terbengkalai dan impian bapanya yang sudah pergi meninggal dunia dan paling manis, karya berkenaan diangkat oleh Oscars yang merupakan acara paling unggul dan berprestij dunia.

David melunaskan kerja pengarahan dengan sempurna dan penuh teliti termasuklah aspek sinematografi, nilai produksi dan skor muzikal.

Kualiti pengarahan

Berada pada tahun 2021, David berjaya melahirkan sebuah karya hitam putih yang mempunyai perkembangan lakon layar terkait filem klasik Citizen Kane (1941).

Intipatinya lebih kurang serupa, menceritakan tentang ‘Old Hollywood’ yang penuh dengan drama, perihal korupsi, individu-individu signifikan yang merupakan tulang belakang kepada realiti Hollywood hari ini, menjadikannya sebagai satu pengumpulan nilai yang sangat mengagumkan!

Seperkara lagi, dengan segala kekangan pergerakan disebabkan pandemik Covid-19, David berjaya merealisasikan sebuah filem yang berbeza daripada apa yang pernah ada dalam pasaran sementelah menggunakan kamera jenis Red Digital Cinema (RED) dalam usaha memastikan kualiti ‘hitam putihnya’ terlaksana cemerlang.

MANK hasil garapan sutradara David Fincher menerima 10 pencalonan termasuk Filem Terbaik, Pengarah Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik (Gary Oldman) dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Amanda Seyfried).

Dari aspek kostum, fesyen ‘Old Hollywood’, latar tempat, masa, bahasa dan gerak tubuh ‘filem’ yang digunakan, semuanya direalisasikan dengan cukup bagus. Erik Messerschmidt yang bertindak sebagai tukang sinematografi menjalankan kerja teliti yang sangat hebat. Sukar untuk mencari cela dalam karya tersebut.

Lakonan hebat, prospek Oscars

Menyentuh hal kualiti persembahan lakonan, Gary Oldman yang melakonkan watak utama iaitu seorang penulis lakon layar, Herman J. Mankiewicz melunaskan tugas dan tanggungjawab dengan sangat bagus.

Menonton persembahannya dalam Mank, terkadang lupa dia sebenarnya seorang pelakon berusia 62 tahun. Sedangkan dalam filem tersebut, Oldman melakonkan watak Mank berusia separuh usia sebenarnya iaitu 33 tahun berlatar belakang masa circa 1940-an.

Pastinya aspek berkenaan perlu dipupuk dalam diri setiap anak wayang terutama di Malaysia yang jujurnya sukar untuk dicari. Secara peribadi, tidak mustahil Oldman boleh diangkat sebagai Pelakon Lelaki Terbaik pada pentas Oscars. Bakatnya dijulang apabila menerima pencalonan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik.

Mank mempunyai kelebihan dan potensi untuk diangkat sebagai Filem Terbaik disebabkan beberapa aspek yang tidak dapat disangkal. Bersaing dengan tujuh karya ‘berwarna’ hebat lain, Mank dianggap berpotensi menebus kegagalan filem ‘hitam putih’ Roma yang terkandas untuk menembus kategori tersebut pada 2019.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI