fbpx
BALE lebih berminat untuk kembali ke Real berbanding terus kekal bersama Spurs sebagai pemain tetap. – AFP

Bale mahu pulang ke Real

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Pemain sensasi ­Tottenham Hotspur, Gareth Bale mengakui tidak berhasrat untuk melanjutkan kontrak pinjaman bersama kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu sebaliknya lebih berminat untuk pulang ke pangkuan kelabnya, Real Madrid mu­sim ini.

Sebagai rekod, tonggak antarabangsa Wales itu kembali menyertai Spurs secara pinjaman musim ini sekali gus kepulangan pertama sejak berhijrah ke kelab The Galacticos pada 2013 dengan perpindahan sebanyak £85 juta (RM481 juta).

Bale tidak menafikan isu masa depannya memang menjadi persoalan hangat ketika ini selepas mempamerkan aksi memberangsangkan bersama skuad kendalian Jose Mourinho sejak dua bulan lalu.

Kata Bale, fokus dan tum­puannya ketika ini adalah untuk membantu Spurs menamatkan saingan musim ini tetapi pada saingan musim depan sudah tentu harapan adalah untuk bersama Real memandangkan kontraknya sudah memasuki tahun terakhir.

“Saya akui banyak berita yang tidak tepat didedahkan ketika ini dengan ada yang menyatakan bahawa saya bakal menyambung kontrak pinjaman bersama Spurs hingga penghujung musim depan.

“Namun, misi saya adalah jelas yang mana keputusan saya untuk berhijrah ke Spurs adalah secara pinjaman semusim dengan harapan dapat meraih minit permai­nan yang cukup bagi memastikan saya cergas sepenuhnya untuk mewakili Wales pada Kejohanan Eropah (Euro) Jun depan.

“Selepas itu, saya mahu menghormati kontrak tahun terakhir saya bersama Real dengan kekal di sana pada musim depan. Secara jujur, saya mahu memulih­kan reputasi saya bersama pasukan itu (Real) selepas gagal meraih tempat dalam skuad utama sebelum ini,” kata pemain berusia 32 tahun itu.
– AGENSI

POPULAR