fbpx

Galak jual beli secara e-wallet di bazar Ramadan Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rodziah (tengah) bersama pelajar UTHM di Terminal Bas Shah Alam, hari ini. - FOTO: ZULFADHLI ZAKI

SHAH ALAM – Para peniaga bazar Ramadan di 14,000 tapak yang ditawarkan di seluruh negeri ini digalakkan menggunakan pembayaran secara dalam talian (e-wallet).

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan dan Kesejahteraan Bandar serta Pembangunan Usahawan negeri, Rodziah Ismail berkata, langkah itu bagi meminimumkan sentuhan semasa urusan jual beli seterusnya dapat mengurangkan risiko penularan Covid-19.

Katanya, anggota penguat kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) akan ditempatkan di setiap bazar bagi memastikan peniaga dan pembeli mematuhi peraturan yang telah ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Kita menawarkan hampir 14,000 tapak bazar Ramadan tahun ini namun telah meminta semua PBT meneliti semula sama ada membenarkan lebih ramai peniaga berniaga di tapak yang telah ditetapkan itu.

“Pada masa sama, saya menggalakkan peniaga menjalankan urusan jual beli secara transaksi bayaran secara e-wallet,” katanya ketika ditemui selepas majlis pengerakan pulang Pelajar Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) di Terminal Bas Shah Alam, di sini, hari ini.

Sebanyak dua unit bas disediakan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dalam mengurangkan beban kewangan pelajar bagi sesi kemasukan kali ini.

Sementara itu, Pemangku Datuk Bandar Shah Alam, Mohd. Rashidi Ruslan berkata, MBSA menawarkan 1,100 tapak bazar Ramadan (MBSA) pada tahun ini, berbanding 1,618 tapak pada tahun lalu.

“Setakat ini, 800 tapak-tapak itu telah diberikan para peniaga dan mereka boleh memohon menerusi atas talian sehingga Jumaat ini.

“Kita telah bersetuju memberikan subsidi sewa tapak sebanyak RM50 kepada para peniaga bazar kali ini dalam membantu mereka yang terjejas akibat pandemik Covid-19,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI