fbpx

Cetus kekeliruan, Johyun minta maaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JOHYUN

KEMUNCULAN penyanyi Johyun pada sidang akhbar filem lakonannya baru-baru ini tiba-tiba memanas akibat satu pendedahan berhubung status kumpulan Berry Good.

Dalam temu ramah sempena filem baharunya Hypnosis, Johyun memberitahu bahawa kontrak semua anggota Berry Good sudah tamat dan dia tidak dapat memastikan sama ada mereka masih mampu meneruskan aktiviti sebagai sebuah kumpulan atau tidak.

Bagaimanapun, agensi JTG Entertainment dalam satu kenyataan memberi maklum balas dan menafikan bahawa Berry Good akan dibubarkan.

Selepas kekeliruan tercetus, penyanyi itu kemudiannya tampil menjelaskan keadaan sebenar.

Menurutnya, telah berlaku salah faham dalam laporan media tempoh hari.

“Saya menjawab soalan media sebab ketika ini memang saya aktif menjalankan aktiviti solo berbanding kumpulan. Malah ada sedikit kesilapan tentang kontrak kami.

“Apa yang saya cuba sampaikan adalah, dua orang ahli sudah menamatkan kontrak. Jadi saya tersilap cakap dengan mengatakan kontrak Berry Good sudah berakhir.

“Tetapi hubungan dengan agensi masih berjalan dengan baik. Jadi jangan salah faham. Saya minta maaf kerana berita mengenai kontrak kami lebih mendapat perhatian berbanding filem Hypnosis,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI