fbpx

PLSB bertanggungjawab pulihara Sungai Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tuan Ibrahim (tengah) melihat peta laluan basikal Sungai Perak Victoria-Kampung Raja Intan Suraya selepas menyempurnakan majlis berkenaan hari ini.

SUNGAI SIPUT – Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Perak Fasa 1 yang membabitkan kos RM250 juta bukan sahaja bertujuan mengindahkan kawasan sekitar sungai untuk menjana pertumbuhan ekonomi bahkan juga memastikan lokasi tersebut tidak menjadi tempat pembuangan sampah.

Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ketika ini, Sungai Perak masih mengekalkan kebersihan dengan berada dalam kelas pertama antara empat sungai utama terbaik seluruh negara.

“Sungai-sungai utama di negara ini tidak banyak dalam kategori pertama, tetapi Sungai Perak masih mengekalkan kualitinya selain Sungai Tapah.

“Projek PLSB Sungai Perak ini adalah inisiatif serampang dua mata, dalam kita menjana pertumbuhan ekonomi, kita juga turut memelihara alam sekitar.

“Strateginya, apabila kawasan pinggiran sungai dihidupkan, ia akan menjadi jagaan semua pihak termasuk komuniti setempat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Melalui langkah itu, sungai bukan sahaja tidak menjadi tempat buang sampah, malah lebih bersih,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Perasmian dan Penyerahan PLSB Sungai Perak Fasa Satu ‘Living River-Bike Trail dari Chenderoh ke Jambatan Victoria di Dataran Victoria di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam negeri, Datuk Mohd. Zolkafly Harun dan Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar, Datuk Seri Ir Dr. Zaini Ujang.

Menurut beliau, pelaksanaan PLSB Sungai Perak Fasa 1 yang diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) itu terbahagi kepada 11 komponen utama merangkumi projek tebatan banjir, living river dan saliran mesra alam.

Katanya, projek living river-bike trail dari Chenderoh ke Jambatan Victoria adalah antara komponen living river bernilai RM2 juta yang telah siap dibina dalam tempoh setahun pada Disember lalu. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI