fbpx

Percutian tiga sahabat bertukar tragedi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat Muhamad Hariz ditemui di celah batu kira-kira 30 meter dari lokasinya dilaporkan mandi.

KOTA TINGGI – Kegembiraan tiga sahabat bercuti di Pantai Batu Layar di sini berakhir dengan tragedi apabila dua daripadanya lemas dalam kejadian hari ini.

Komander Operasi Balai Bomba Penyelamat (BBP) Sebana Cove, Penolong Penguasa Bomba Khairul Sufian Dahari berkata,
mangsa dikenali sebagai Muhamad Hariz Farhat Omar, 23, ditemui meninggal dunia.

Manakala rakannya, Muhammad Hibatullah Hakim Razak, 23, masih belum dijumpai.

Katanya, pihak bomba menerima panggilan kejadian itu pada pukul 10.59 pagi sebelum 19 anggota dari BBP Punggai, BBP Bandar Penawar termasuk anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari BBP Skudai dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Terdapat dua orang mangsa dipercayai lemas, seorang mangsa telah dijumpai oleh orang awam dicelah batu kira-kira 30 meter daripada pantai.

“Mangsa dipercayai sedang mandi ketika air surut dan telah ditarik arus. Pasukan operasi membuat pencarian seorang lagi mangsa yang masih belum ditemui,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, pihak bomba turut membuat rawatan awal (CPR) kepada mangsa lelaki yang dipercayai lemas namun telah disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan di lokasi.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk dibawa ke Hospital Kota Tinggi bagi tindakan selanjutnya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI