fbpx

Kren jatuh: kerja penstabilan struktur selesai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur menjangkakan akan mengambil masa kira-kira 3 jam untuk menurunkan komponen kren sebelum kerja mengeluarkan mayat mangsa tersepit dapat dilakukan.

JBPM Kuala Lumpur menerusi satu kenyataan berkata, kerja-kerja penstabilan ‘U beam’ telah selesai dilakukan dan sedang dalam proses menurunkan dua buah takal (winch).

“Ketua Operasi di lokasi, Penguasa Bomba 1, Khairul Azuan Ibrahim memaklumkan bahawa kerja-kerja penstabilan struktur telah selesai dan kini sedang dalam proses menurunkan dua buah winch yang dijangka akan mengambil masa kira-kira 3 jam.

“Selepas proses menurunkan dua buah winch itu selesai, barulah operasi untuk menurunkan mayat mangsa yang tersepit akan dapat dilakukan,” jelas kenyataan itu.

Terdahulu, Kosmo! hari ini melaporkan tentang tiga pekerja warga asing maut selepas sebuah komponen kren jatuh dalam kejadian di Persiaran Alam Damai, Cheras di sini kira-kira pukul 8.40 pagi semalam.

Mayat salah seorang daripada pekerja warga asing itu yang dikenali sebagai Mu Tong Zheng bagaimanapun telah tersepit di antara komponen kren dan struktur binaan sejak semalam.

Turut cedera adalah seorang pemandu kereta warga tempatan selepas kereta jenis Perodua Bezza dipandunya dihempap komponen kren yang jatuh di atas jalan raya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI