fbpx

Enam petunjuk diambil kira sebelum rentas negeri dibenarkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengambil kira enam petunjuk bagi menentukan masa sesuai untuk membenarkan perjalanan rentas negeri.

Menterinya, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, enam petunjuk berkenaan adalah situasi kes positif harian; kes sembuh dan discaj; trend dan kadar kes kebolehjangkitan; kadar jumlah kematian, keupayaan katil dan unit rawatan rapi (ICU) dan situasi semasa petugas kesihatan.

Beliau berkata, pihaknya sudah membentangkan petunjuk itu kepada kerajaan dan berharap ia dapat dipenuhi terlebih dahulu sebelum kebenaran rentas negeri dibenarkan.

“Buat masa ini, belum ada sebarang keputusan muktamad dibuat mengenai masa sesuai untuk membenarkan perjalanan rentas negeri,” katanya pada sidang akhbar Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), hari ini.

Adham berkata, kementerian juga bersetuju dengan pandangan pakar kesihatan supaya perjalanan rentas negeri diberikan selepas minggu kedua Aidilfitri iaitu selepas majoriti kumpulan rentan menerima suntikan vaksin.

Beliau berkata, pihaknya akan mengambil kira pandangan pakar kesihatan itu sebelum sebarang keputusan dikeluarkan bagi memastikan ia tidak mencetuskan jangkitan baharu.

“Kita juga sedang meneliti pandangan mereka (pakar kesihatan awam).

“Insya-Allah, perkara ini akan dibawa kepada kerajaan bagi menentukan masa sesuai untuk membenarkan rentas negeri,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI