fbpx

Kemunculan perdana STAYC dinanti ramai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KUMPULAN STAYC

KUMPULAN STAYC mengesahkan bakal membuat kemunculan sulungnya April depan.

Perkara tersebut disahkan agensi naungan mereka, High Up Entertainment yang memaklumkan bahawa kumpulan itu baru sahaja selesai menjalani penggambaran video muzik bagi single yang bakal dikeluarkan nanti.

“STAYC akan kembali menemui anda April depan. Nantikan kemunculan sulung mereka tidak lama lagi,” tulisnya.

Terdahulu, STAYC merupakan salah sebuah kumpulan yang diperkenalkan duo produser terkenal Korea iaitu Black Eyed Pilseung yang turut menaikkan nama kumpulan TWICE dan Apink.

STAYC yang dianggotai enam anggota itu membuat debut buat kali pertama pada November tahun lalu menerusi album single pertama mereka, Star To A Young Culture.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI