fbpx

Kakitangan diplomatik Korea Utara mula bersiap tinggalkan Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kelihatan petugas kesihatan dari sebuah hospital swasta tiba di Kedutaan Korea Utara di Jalan Batai, Damansara dipercayai untuk melakukan ujian saringan covid-19 terhadap kakitangan Diplomatik Korea Utara di sini hari ini. FOTO - ZULFADHLI ZAKI.

PETALING JAYA – Kakitangan diplomatik Korea Utara termasuk ahli keluarga mereka mulai sibuk melakukan persiapan selepas diperintahkan untuk meninggalkan negara dalam tempoh 48 jam di Kedutaan Korea Utara di Jalan Batai dekat sini hari ini.

Tinjauan Kosmo! mendapati, kakitangan diplomatik Korea Utara mula memasuki bangunan kedutaan tersebut yang terletak di Jalan Batai, dekat sini seawal pukul 8.15 pagi.

Petugas media tempatan dan antarabangsa juga kelihatan mula berkumpul di hadapan bangunan terbabit sejak pukul 7 pagi lagi.

Kira-kira pukul 10.15 pagi tadi, kelihatan beberapa petugas kesihatan dari hospital swasta yang menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) Hyundai Starex berwarna hitam tiba di pekarangan kedutaan terbabit.

Petugas kesihatan terbabit turut membawa keluar beberapa kelengkapan dipercayai bagi melakukan ujian saringan Covid-19 kepada semua kakitangan di kedutaan berkenaan.

Dijangka kakitangan kedutaan terbabit akan meninggalkan negara selewat-lewatnya hari ini atau esok sebaik keputusan ujian saringan Covid-19 diterima.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, seramai enam anggota polis akan ditugaskan di kedutaan terbabit.

“Seramai dua anggota akan ditugaskan bagi setiap syif dalam tempoh 24 jam dan keseluruhan anggota adalah seramai enam orang,” katanya ringkas.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI