fbpx

Selangor 2 jerat The Green Deers

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HTET AUNG (kanan) berjaya meledak gol tunggal perlawanan ketika Selangor 2 menewaskan Kelantan United petang tadi. - FB SELANGOR FC

PETALING JAYA – Hasrat pasukan Kelantan United untuk meraih kemenangan tidak kesampaian selepas tewas 0-1 kepada pasukan feeder, Selangor 2 pada aksi Liga Premier di Stadium Selayang, petang tadi.

Menguasai sebahagian besar perlawanan, skuad kendalian Akira Higashiyama mensia-siakan banyak peluang sekali gus menyaksikan tuan rumah berjaya mengutip tiga mata penuh.

Skuad muda Gergasi Merah berjaya menjaringkan gol menerusi ledakan import dari Myanmar, Hein Htet Aung yang berjaya mengelirukan Fikri Che Soh pada minit ke-38.

Keputusan tersebut menyaksikan Selangor 2 yang dikendalikan oleh Michael Feichtenbeiner mengumpul sembilan mata selepas mengharungi 4 perlawanan.

Sementara itu, skuad The Green Deers kekal dengan tujuh mata selepas merekodkan dua kemenangan dan satu seri pada lima aksi liga musim ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI