fbpx

“Pampasan atau benarkan nelayan tangkap ikan” – Sulaiman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Seri Sulaiman Md. Ali.

MELAKA – Tanjung Bruas Port Sdn. Bhd. diarahkan untuk menyelesaikan segera isu nasib lebih 300 nelayan susulan pembinaan pemanjangan jeti sejauh 50 meter di pelabuhan di Tanjung Kling itu.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali berkata, pihaknya telah mengeluarkan arahan itu hari ini bagi memastikan isu berbangkit termasuk pampasan dan ruang untuk para nelayan menangkap ikan di kawasan berkenaan diputuskan segera.

Katanya, keputusan itu nanti perlulah mendapat persetujuan dan diselesaikan secara ‘menang-menang’ antara pihak pengurusan Tanjung Bruas dengan persatuan nelayan.

“Difahamkan para nelayan mengeluh kerana tempat itu banyak ikan, jadi apabila berlaku projek pembinaan pemanjangan jeti, mereka bimbang perkara itu akan menjejaskan dan menghilangkan pendapatan nelayan.

“Jadi, memahami keadaan ini, kerajaan negeri telah mengarahkan pihak pengurusan Tanjung Bruas Port untuk berbincang, mencari jalan penyelesaian sama ada soal pampasan atau membenarkan nelayan menangkap ikan di kawasan itu,” katanya ketika sidang akhbar khas di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, hari ini.

Beliau turut menjelaskan, pihak kerajaan negeri juga hanya meluluskan kerja-kerja pemanjangan jeti melibatkan 50 meter sahaja dan bukan 750 meter.

“Semua syarat-syarat dan proses telah dipatuhi termasuk Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) dan kerana itu pihak Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) telah meluluskan pemanjangan jeti 50 meter.

“Projek pemanjangan baru melalui fasa pertama, manakala konsesi bagi pemanjangan jeti untuk tempoh 2020 hingga 2027, tertakluk kepada kajian dan kelulusan yang akan diberikan,” ujarnya.

Pada 16 Mac lalu Kosmo! melaporkan lebih 300 nelayan yang mencari rezeki di sepanjang perairan Pantai Kundor sehingga Pantai Puteri mendakwa projek memanjangkan Jeti Tanjung Bruas, Tanjung Kling di sini sejauh 750 meter bakal menjejaskan periuk nasi mereka.

Satu sesi taklimat mengenai fasa 1A penyambungan jeti 50 meter telah diadakan oleh Tanjung Bruas Port bersama para nelayan pada Isnin lalu, namun pengurusan pelabuhan itu tidak memberikan sebarang keputusan atau jaminan berhubungan nasib yang mungkin ditanggung golongan berkenaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI