fbpx

Kim Seon-ho tunjuk belang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KIM SEON-HO

POPULARITI aktor Kim Seon-ho ketika ini sedang berada di puncak, oleh itu apa sahaja yang dilakukannya pasti akan mengundang perhatian peminat.

Baru-baru ini, Seon-ho terkait dengan kontroversi apabila kelakuannya dalam episod baharu 2 Days & 1 Night disifatkan biadab.

Dalam episod berkenaan, anggota program tersebut menjalani cabaran di pulau terbiar dalam cuaca sejuk. Untuk mengasah kemahiran survival, mereka diminta mendayung sampan untuk keluar dari pulau berkenaan pada keesokan harinya.

Mendengarkan arahan tersebut, Seon-ho tiba-tiba meluru ke depan dan meninggikan suara kepada penerbit bertugas.

“Hei, apa yang awak buat sekarang ini?” soalnya sambil meluahkan kemarahan dengan menanggalkan topi dipakainya.

Meskipun aktor drama Start Up itu cukup rapat dengan penerbit wanita terbabit, namun netizen tetap beranggapan kelakuannya agak biadab. Masing-masing kecewa dengan tindakan aktor itu.

Netizen juga berpendapat pelakon itu sudah pandai tunjuk belang kerana berasakan dirinya cukup popular.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI