fbpx

RM7.02 juta disalurkan kepada ‘frontliner’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hasni (tengah) bergambar bersama penerima Bantuan Tunai RM200 Kepada Petugas Barisan Hadapan Negeri Johor di Bangunan Dato' Jaafar Muhammad, Kota Iskandar, Johor Bharu hari ini.

ISKANDAR PUTERI – Kerajaan negeri menyalurkan bantuan secara ‘one-off’ berjumlah RM7.02 juta kepada petugas barisan hadapan di negeri ini sebagai menghargai sumbangan mereka dalam membantu mengekang penularan wabak Covid-19.

Peruntukan itu akan menyaksikan seramai 35,136 petugas barisan hadapan di negeri ini menerima bantuan sebanyak RM200.

Pejabat Menteri Besar Johor dalam satu kenyataan memberitahu, bantuan itu dibuat menerusi inisiatif di bawah Agenda Johor Berkebajikan yang dibentang dalam Belanjawan Johor 2021.

Katanya, Menteri Besar, Datuk Ir. Hasni Mohammad menyampaikan bantuan berkenaan kepada wakil agensi antaranya Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kesihatan Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Turut menerima bantuan berkenaan ialah wakil daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA),”katanya kenyataan itu.

Sumbangan itu disampaikan dalam satu majlis ringkas yang diadakan di Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad, di sini hari ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI