fbpx

MOTAC teruskan kerjasama bantu industri pelancongan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) akan terus bekerjasama rapat dengan penggiat industri pelancongan seni dan budaya dalam memastikan kelangsungan industri pelancongan negara.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, sebagai contoh pada bulan Februari sahaja, MOTAC telah mengadakan lima sesi libat urus menerusi Jawatankuasa Pasukan Pengurusan Krisis (CMT) membabitkan lebih 30 wakil industri bagi mendapatkan maklum balas mengenai cabaran yang dihadapi dan cadangan yang diusulkan.

“MOTAC telah meneliti setiap pandangan yang dikemukakan oleh pemain industri dan membawa cadangan-cadangan tersebut ke mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi pertimbangan sewajarnya.

“Hasilnya adalah kebenaran aktiviti pelancongan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP),”katanya dalam satukenyataan akhbar di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Nancy berkata, bagii sektor seni dan budaya pula, MOTAC turut memanjangkan isu yang dibangkitkan penggiat sektor ini secara berterusan dan hasilnya kerajaan baru-baru ini telah mengumumkan pembukaan semula premis seni, budaya dan warisan kepada pengunjung.

“Ia termasuk muzium, perpustakaan, galeri seni, pusat atau kampung seni warisan budaya dan lain-lain mengikut prosedur operasi standard (SOP) bagi sektor pelancongan dan kebudayaan.

“Di samping itu, sesi libat urus oleh CMT MOTAC ini juga akan melibatkan penggiat seni dan budaya dalam masa terdekat demi memastikan cabaran semasa diambil tindakan wajar,” katanya.

Nancy berkata, beliau percaya kerjasama erat menerusi sesi libat urus bersama yang kerap dan konsisten akan mencapai kesepakatan dalam membantu setiap penggiat yang terlibat dalam rantaian ekonomi pelancongan serta seni dan budaya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI