fbpx

Kesan darah pada serpihan papan berlabel DNA Nazrin – saksi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Allahyarham Nazrin
Saksi pendakwaan ke- 43 S.Jayasilan, ketika hadir memberi keterangan di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

SHAH ALAM – Saksi pendakwaan ke – 43 memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa kesan kehadiran darah pada serpihan papan adalah berpadanan dengan Asid Deoksiribonukleik (DNA) berlabelkan Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn. Bhd. (Cradle Fund), Nazrin Hassan yang ditemui mati di rumahnya tiga tahun lalu.

S.Jayasilan, 42, yang merupakan Ahli Kimia di Jabatan Kimia Malaysia, berkata kesan kehadiran darah itu diperoleh selepas pihaknya memperoleh serpihan papan itu yang merupakan salah satu eksibit kes daripada anggota polis pada bulan September 2018.

“Selepas hasil ujian DNA diperoleh, kesan menunjukkan kehadiran darah pada papan “MN9” yang mana ia berpadanan dengan profil DNA spesimen darah ‘A’ berlabel “Nazrin Bin Hassan”. Ini menunjukkan bahawa DNA yang telah dikenalpasti berasal daripada sumber sama (Nazrin) “katanya.

Beliau berkata demikian ketika membaca pernyataan saksi pada perbicaraan berhubung kes kematian Nazrin di hadapan Hakim Datuk Ab. Karim Ab. Rahman di sini.

Kata saksi itu, analisis pemprofilan DNA itu diperoleh melalui teknik Polymerase Chain Reaction (PCR).

Mengulas lanjut, saksi itu berkata, selain darah serpihan pada papan yang berlabel DNA Nazrin, terdapat empat lagi putik kapas pada eksibit J3, J4,J8 dan J14 yang menunjukkan kesan kehadiran darah serta mempunyai padanan sama dengan DNA berlabel Nazrin.

Terdahulu, saksi ke -42 yang juga ahli kimia, dari jabatam sama V.Renuka, 36, memaklumkan kepada mahkamah bahawa hidrokarbon mudah terbakar tidak dikesan pada seluar dalam Nazrin.

Bukan itu sahaja beliau berkata, kesan itu juga mungkin larut dalam air sekiranya terdedah dengan air.

Perbicaraan bersambung lagi esok.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI