fbpx

KBS sasar 6,000 sukarelawan MYVAC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Reezal Merican (kanan) menyaksikan pelancaran program MYVAC di Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi semalam.

PUTRAJAYA – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyasarkan penyertaan 6,000 orang sukarelawan dalam program kesukarelawanan Malaysia Vaccine Support Volunteers (MYVAC).

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, program yang diterajui oleh KBS itu sebagai satu inisiatif menyeluruh kerajaan melibatkan masyarakat dalam usaha membendung serta menamatkan pandemik Covid-19 di Malaysia.

Katanya, MYVAC disokong oleh Covid-19 Immunisation Task Force (CITF) serta Kementerian Kesihatan (KKM), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Persatuan Bulan Sabit Malaysia (PBSM).

“MYVAC merupakan inisiatif menyeluruh kerajaan dan masyarakat atau Whole-of-Society Approaches melibatkan pelbagai kementerian dan badan bukan kerajaan (NGO) dalam memastikan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) mampu dilaksanakan dengan berkesan.

“Saya menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dan sihat tubuh badan untuk mendaftar satu daripada dua kategori yang ditawarkan iaitu sebagai sukarelawan am dan sukarelawan perubatan,” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

Menurutnya lagi, sukarelawan MYVAC akan ditugaskan di Pusat Pemberian Vaksinasi (PPV) di seluruh negara dan mereka juga boleh memilih lokasi dan masa mengikut kelapangan masing-masing.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI