fbpx

134 individu ditahan ingkar SOP PKP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Seramai 134 individu ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, 127 telah dikompaun manakala tujuh direman.

“Antara kesalahan ingkar SOP adalah gagal menyediakan peralatan atau merekod butiran diri atau pelanggan melibatkan 36 kompaun, tidak memakai pelitup muka (31) serta rentas negeri atau daerah tanpa kebenaran (26).

“Kesalahan lain termasuklah tiada penjarakan fizikal (20), premis beroperasi lebih masa atau tanpa kebenaran (17) dan lain-lain (4),” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, seramai 10 pendatang asing tanpa izin pula telah ditahan semalam menerusi Op Benteng di seluruh negara, malah tiga buah kenderaan darat dan satu (1) buah bot atau kapal turut ditahan.

“Dalam operasi itu juga, 77 buah bot atau kapal turut dikesan di perairan negara melalui enam aktiviti penglihatan.

“Sebanyak 268 Sekatan Jalan Raya (SJR) Op Benteng juga dilaksanakan diseluruh negara semalam,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI