fbpx

Muguruza tamat kemarau di Dubai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUGURUZA berjaya menamatkan kemarau kejuaraan apabila muncul pemenang pada Terbuka Dubai selepas menewaskan Krejcikova awal pagi semalam. – AFP

DUBAI – Bekas pemain No. 1 dunia, Garbine Muguruza berjaya menamatkan kemarau kejuaraan hampir dua tahun Siri Jelajah WTA selepas memenangi Terbuka Dubai dengan menewaskan Barbora Krejcikova awal pagi semalam.

Pada aksi tersebut, Muguruza yang diletakkan sebagai pemain pilihan kesembilan kejohanan tidak mempunyai masalah untuk menang ke atas Krejcikova dengan kemenangan straight-set 7-6, 6-3 sekali gus menjulang trofi pertama sejak Terbuka Monterrey pada April 2019.

Kata Muguruza, kemenangan tersebut memberi kelegaan besar buatnya kerana ia bukan mudah untuk diraih selepas berdepan laluan sukar dengan bertemu beberapa pemain pilihan seperti Elese Mertens, Iga Swiatek dan Aryna Sabalenka.

“Saya cukup gembira apabila berjaya melakar kemenangan pada pusingan akhir selepas beberapa kali terkandas pada kejohanan sebelum ini di pentas final sekali gus menjulang trofi WTA pertama sejak 2019.

“Pujian juga wajar diberikan kepada Krejcikova yang telah memberikan aksi terbaik sepanjang kejohanan ini selain tidak memberi laluan mudah untuk saya mendominasi perlawanan akhir khususnya pada set pertama,” katanya.

Mengulas lanjut, atlet kelahiran Sepanyol itu mengakui cabaran terhebat sepanjang berada di Dubai adalah terpaksa beraksi tanpa kehadiran jurulatih peribadi, Conchita Martinez yang disahkan positif Covid-19 sekali gus terpaksa menjalani prosedur kuarantin yang ditetapkan.

“Saya mahu dedikasikan kemenangan ini buat Martinez yang terpaksa menjalani kuarantin di hotel hampir dua minggu dan saya hanya boleh berkomunikasi dengannya secara virtual dan ia bukanlah situasi mudah kerana dia banyak memberikan impak terhadap peningkatan prestasi saya tahun ini,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI