fbpx

Dua kanak-kanak dikhuatiri lemas ketika mandi sungai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Operasi mencari dan menyelamat dimulakan hari ini gagal menemukan dua mangsa yang hilang dibawa arus Sungai Pahang.

TEMERLOH – Kegembiraan lima sekeluarga mandi sungai ketika cuaca panas bertukar tragedi selepas dua daripada mereka hilang dihanyutkan arus deras Sungai Pahang hari ini.

Dua kanak-kanak yang hilang ialah Mohd Hakim Faqih Norazmi,16, dan Mohammad Naufal Farhan Mohd Azrul,8.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Yusri Othman berkata, kedua-dua mangsa bersama tiga lagi ahli keluarga mereka bergerak dari rumah mereka di Desa Murni ke tempat kejadian untuk mandi pada pukul 4.15 petang.

“Pada pukul 4.50 petang mangsa berumur lapan tahun yang sedang mandi telah dihanyutkan arus sungai menyebabkan mangsa kedua yang berumur 16 tahun cuba membantu tetapi turut dihanyutkan.

“Walaupun ada individu cuba menyelamatkan kedua dua mangsa tetapi tidak berjaya,”katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, sebaik sahaja dimaklumkan mengenai kejadian pihak polis bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Angkatan Pertahanan Awam (APM) melakukan operasi mencari dan menyelamat.

Bagaimanapun katanya, operasi memcari dan menyelamat yang dihentikan pada pukul 7.30 petang akan disambung semula esok. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI