fbpx

Ramai nak Gila menang AJL35

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KAKA, Loca B dan Noki akan merancakkan AJL35 menerusi lagu Gila.

BERDEBAR pula hati Diva menunggu siaran Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) yang berlangsung malam ini untuk mengetahui siapakah pemenang yang akan membawa pulang anugerah bagi kategori lagu terbaik.

Kalau tahun lalu, anugerah berprestij ini dimenangi oleh penyanyi Naim Daniel menerusi lagu Sumpah, tahun ini ramai yang menjangkakan dan mahu lagu Gila dendangan Kaka Azraff, Loca B dan Noki membawa pulang trofi Lagu Terbaik.

Lagu ciptaan komposer dan penulis lirik, Noki, Loca B, Ezra Kong itu dikatakan peminat mempunyai melodi unik dan tersendiri, sekali gus layak untuk diumumkan sebagai pemenang.

Namun, persaingan untuk lagu Gila boleh tahan juga apabila perlu berentap dengan lagu lain yang dijangka berpotensi untuk menang seperti lagu 7 Nasihat hasil ciptaan komposer dan penulis lirik Kmy Kmo dan Luca Sickta.

Bagi Diva, tidak kisahlah lagu mana yang menang, semua yang layak sebab dah dipilih untuk bertanding ke peringkat akhir AJL35 sebenarnya sudah cukup hebat. Tengok rezeki siapa malam nanti!

DIVA: Kasihan pelakon Norish Karman apabila timbul khabar angin mengatakan dia sedang nazak. Sedangkan dia sihat walafiat!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI