fbpx

Pengerusi kelab dikompaun RM50,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Notis kompaun RM50,000 yang dikenakan kerana melanggar SOP ditetapkan di Triang, Bera semalam.

BERA – Akibat masih terus berdegil melanggar prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan sebuah kelab dikenakan kompaun sebanyak RM50,000 selepas mengadakan majlis perasmian kelab dengan tarian naga di Triang di sini semalam.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mansor Samsudin berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 12.29 tengah hari itu kompaun dikenakan terhadap pengerusi kelab berkenaan yang berumur 47 tahun.

“Kesalahan yang dilakukan ialah mengadakan majlis perasmian kelab dengan tarian singa dan tiada penjarakan meja makan.

“Jadi individu berkenaan selaku pengerusi kelab itu telah diberikan kompaun dan diarahkan agar mematuhi SOP Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP),”katanya di sini hari ini.

Menurut Mansor tindakan kompaun tersebut dilakukan kerana kelab berkenaan didapati telah melanggar SOP PKPP ditetapkan

Beliau memberitahu tindakan kompaun dikenakan di bawah Peraturan 18 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPDPPB) 2021.

“Polis ingin menasihatkan supaya sesiapa sahaja jangan sewenang-wenangnya melanggar SOP kerana penguat kuasa sentiasa berada 24 jam di lapangan bagi memantau agar masyarakat sentiasa mematuhi SOP,”ujarnya.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI