fbpx

Polis tiada kuasa ubah nilai kompaun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri

KUALA LUMPUR – Polis tidak ada kuasa untuk menulis jumlah kompaun selain daripada yang tertakluk dalam Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021 yang diwartakan bermula 11 Mac lalu.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, nilai yang ditulis dalam surat kompaun adalah berdasarkan seksyen yang berkaitan.

“Polis mesti tulis berdasarkan seksyen itu, tetapi boleh merayu pada Pegawai Kesihatan Daerah (PKD).

“Mereka tiada kuasa untuk tulis nilai selain daripada kompaun itu,” katanya ketika sidang akhbar Majlis Pecah Tanah Program SASaR di Kem Transmitter, Sungai Besi, di sini hari ini.

Mengulas lanjut mengenai keadaan trafik sesak teruk di Tol Sungai Besi semalam ekoran Sekatan Jalan Raya (SJR) yang diketatkan, Ismail Sabri berkata, perkara tersebut bergantung ke atas gerak kerja pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Saya juga terkejut ramai individu merentas negeri semalam. Bagaimanapun, perlu bincang dengan polis sebab saya tidak boleh tentukan gerak kerja pihak polis.

“Tidak sepatutnya berlaku rentas negeri dan saya tidak boleh komen kerana itu tanggungjawab PDRM,” katanya.

Ditanya mengenai kekeliruan sesetengah individu mengenai kompaun RM10,000 pula, Ismail Sabri berkata, kompaun itu tertakluk kepada semua pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.

“Tertakluk kepada semua jenis PKP, selagi pelaksanaannya tidak ditarik balik. Maka, setiap prosedur operasi standard (SOP) yang dilaksanakan, apabila ada pelanggaran maka tindakan akan diambil,” katanya. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI