fbpx

Kes Sajat, MAIS tunggu hasil kerjasama JAIS dan Polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHMAD SHAHIR (kiri) menyerahkan bantuan fidyah kepada seorang penerima di Taman Desa Kemandol, Jenjarom, Kuala Langat, hari ini.-Foto ISKANDAR SHAH MOHAMED

KUALA LANGAT – Majlis Agama Islam Selangor ( MAIS ) menyerahkan kepada Jabatan Agama Islam Selangor ( JAIS ) dan Polis Diraja Malaysia ( PDRM ) berhubung tindakan lanjut terhadap usahawan kosmetik kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman.

Setiausaha MAIS, Dr. Ahmad Shahir Makhtar berkata, sebarang perkembangan Muhammad Sajjad atau lebih dikenali Nur Sajat (ditangkap) akan dimaklumkan kepada MAIS nanti.

“Perintah mahkamah (waran tangkap) sudah dikeluarkan dan kita tunggu hasil kerjasama kedua-dua pihak berkenaan,” katanya ketika ditemui selepas program menyantuni masyarakat Orang Asli di Taman Desa Kemandol, Jenjarom di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau menyerahkan bantuan fidyah berupa barang keperluan asas kepada puluhan penduduk masyarakat Orang Asli yang terkesan dengan pandemik Covid-19.

Menurut Ahmad Shahir, kerjasama JAIS dan PDRM bukan sahaja meliputi kes Nur Sajat sebaliknya semua kes syariah terutama perintah yang dikeluarkan mahkamah.

Jelas beliau, MAIS dan JAIS sememangnya mempunyai bidang kuasa yang terhad termasuk berkaitan kes perintah mahkamah.

“Oleh demikian, kita memerlukan kerjasama PDRM bagi membantu pelaksanaan sebarang perintah yang telah dikeluarkan mahkamah.

“Perkara itu bukan saja melibat kes individu tertentu seperti Sajat malah banyak lagi kes lain sebelum ini,” katanya.

Kosmo! sebelum ini melaporkan usaha untuk mengesan usahawan kosmetik kontroversi, Nur Sajat masih gagal menemui jawapan walaupun waran tangkap telah dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini sejak 23 Februari lalu.

Nur Sajat sebelum membuat kejutan seolah-olah ingin bertukar agama melalui rakaman sebuah video berdurasi 1 minit 48 saat.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan tarikh video itu dimuat naik sama ada ia video baharu atau lama. -K!ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI