fbpx

Arwah kirim wang beli pakaian raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keratan Kosmo! 9 Mac 2021

BESUT – Seorang kakitangan Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) yang dibunuh kejam di sebuah rumah di Kajang, Sela­ngor pada Isnin lalu sempat mengirim wang belanja tambahan kepada ibu bapanya sebelum dia meninggal dunia.

Kakak mangsa, Nik Hayati Nik Mud, 40, berkata, arwah Nik Khatijah menghubungi bapa mereka dan meminta lelaki itu menggunakan wang belanja tambahan tersebut untuk membeli pakaian raya.

“Sudah menjadi rutin, arwah adik mengirim wang belanja kepada ibu dan ayah setiap bulan. Bulan ini, dia beri duit lebih RM100 setiap seorang untuk digunakan membeli baju raya.

“Ayah pun pelik dengan pesanan arwah kerana raya (Aidilfitri) lambat lagi,” katanya ketika ditemui di Kampung Gong Bayor di sini semalam.

Jenazah Nik Khatijah yang dibawa pulang ke kampung halamannya dari Kajang selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu Tumbuh di sini pada pukul 10.30 malam kelmarin.

MAngsa selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu Tumboh, Besut malam kelmarin.

Bercerita lanjut, Nik Hayati berkata, arwah adiknya gagal dihubungi termasuk tidak memberi maklum balas dalam kumpulan WhatsApp keluarga pada Sabtu minggu lalu.

Artikel berkaitan: Lelaki direman batu siasatan

Artikel berkaitan: Wanita ditemui mati dengan kesan jerut

Selain gagal dihubungi, Pe­ngurus Jabatan Advokasi Ikram berusia 32 tahun itu juga tidak menghadiri mesyuarat di pejabatnya pada Ahad lalu.

“Kami sekeluarga reda de­ngan kehila­ngan arwah walau­pun kesal dia diperlakukan sedemikian (dijerut) sehingga menemui ajal,” katanya yang berharap kematian adiknya mendapat keadilan..-K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI